Friday, 4 March 2011

DI SEBALIK KISAH APRIL FOOL



Assalamualaikum WBT

                                 RENUNGAN


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Marilah bersama-sama kita ikuti renungan hari ini bagi menyaksikan betapa
tersasaunya umat Islam dengan sejarah yang menimpa umat khususnya April
Fool's Day
. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai
pengetahuan bersama. Menjadi kewajiban saya untuk menyampaikan perkara ini
dan sebarkanlah.........

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan
budaya 'pandang ke barat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh
dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan  Bahkan sewaktu
memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka
rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat
mangsa-mangsa merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau
'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan
menyebabkan penyesalan berpanjangan. Sewaktu zaman persekolahan dahulu,
penulis pernah terbaca tentang suatu tragedi yang berlaku pada 1hb April
ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku
ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak.

Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami
dengan muka selamba kemudian mengucapkan 'April Fool!' . Selepas itu,
giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang
dilafazkan telah pun jatuh.!!!!!

Berbalik pada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia
mula dirayakan sewaktu kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah
bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam
akhirnya runtuh di serang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam
di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk
menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanpun tidak berpuas hati
dan berusaha  untruk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar
dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka
dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan. Setelah berpuashati, mereka mengambil persiapan untuk
bertolak. Keesokan hari ( 1 April), mereka mengambil semua barangan yang
telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian
mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah-rumah
penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal
kerana semuanya di bakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim
dan membunuh ke semuanya, lelaki, perempuan serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang amat menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh
tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja
di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang
Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day
tanpa menyedari mereka  sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan
beramai-ramai saudara SeIslam mereka sendiri.

Sehubungan dengan sejarah tersebut, saya menyeru diri sendiri dan
sahabat-sahabat agar berhati-hati dengan lidah yang lembut dan tidak
bertulang kerana apa jua lawak dan sesuatu kelakuan boleh mengHANYUTkan
identiti umat dan budaya ketimuran. Bukan sekadar itu, pegangan agama akan
tergugat sekiranya ilmu dan iman tiada di dada. Oleh yang demikian,
lenyapkanlah semampu yang mungkin 'kejahilan yang ada' dengan kita
bersama-sama menimba sebanyak mungkin ilmu yang bermunafaat untuk kebaikan
diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


Wallahu A'lam.







Source From : Zaki Sulong

No comments:

Post a Comment